KUALA LUMPUR: Ratu ski air negara Aaliyah Yoong Hanifah sekali lagi mengharumkan nama negara apabila berjaya merangkul pingat gangsa acara tricks wanita di Kejohanan Dunia Birmingham 2022 di Alabama, Amerika Syarikat (AS) semalam.
Menurut laman web kejohanan https://twg2022.com/results/, atlet berusia 18 itu mengutip 7,960 mata keseluruhan untuk menduduki tempat ketiga daripada keseluruhan lima peserta dalam final yang berlangsung di Oak Mountain State Park.
Pingat emas dimenangi atlet Kanada Neilly Ross yang mengumpul 9,690 mata manakala pingat perak menjadi milik juara dunia dari AS, Anna Gay selepas meraih 9,190 mata.
Aaliyah akan meneruskan cabaran di Alabama dalam acara jump wanita final di venue sama awal pagi esok waktu Malaysia.
Sebagai rekod, Aaliyah Yoong mencipta dua rekod baharu Asia serta mencatat tiga rekod peribadi terbaik di Fluid Summer Showdown di Polk City, Florida bulan lepas.
Sementara itu dalam kategori lelaki di Alabama, atlet tuan rumah Adam Pickos meraih pingat emas sementara Danylo Filchenko dari Ukraine dan peserta Perancis Pierre Ballon masing-masing memenangi perak dan gangsa.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jul 16 2022
Aaliyah rangkul pingat gangsa acara tricks wanita di Kejohanan Dunia Birmingham 2022 di Alabama, Amerika Syarikat (AS). - Facebook Hanifah Yoong Yin Fah
Guna MRE, TH perkemas sistem pengurusan makanan
TH memutuskan untuk memperkemaskan sistem pengurusan makanan untuk jemaah semasa Masyair dengan memilih mengedarkan sajian pek makanan sedia dimakan, MRE disebabkan beberapa kelebihan MRE itu sendiri di mana antaranya berupaya mengurangkan bebanan ditanggung penyedia makanan serta tukang masak.
China pertahan latihan ketenteraan di sekitar Taiwan
China sebelum ini mendakwa Taiwan adalah sebagai sebahagian daripada wilayahnya dan menggelar Lai sebagai 'pemisah berbahaya' yang akan membawa 'perang dan kemerosotan' ke pulau itu.
Rusia tahan seorang lagi Leftenan Jeneral
Agensi berita TASS yang dikendalikan kerajaan melaporkan Mahkamah tentera pada Rabu memerintahkan Shamarin, dipenjarakan selama dua bulan.
Beberapa penumpang cedera perlu jalani pembedahan tulang belakang
Pengarah Hospital Samitivej Srinakarin, Dr Adinun Kittiratanapaibool berkata masih terlalu awal untuk menyatakan sama ada pesakit akan lumpuh kekal.
Mahkamah Perlembagaan Thailand terima petisyen pecat Srettha
Barisan hakim mengundi dengan keputusan enam menyokong dan tiga menentang, untuk menerima petisyen berkenaan serta memberi tempoh 15 hari bagi Srettha respons kepada kes itu.
Ribuan berarak, beri penghormatan kepada Ebrahim Raisi
Penghormatan terakhir diberikan kepada Presiden Ebrahim Raisi dan rombongannya yang maut dalam nahas helikopter di barat laut Iran.
Suara Rakyat: Para nelayan harap tidak beri kesan kepada komuniti maritim
Rasionalisasi subsidi yang akan dilaksanakan kerajaan diharap tidak memberi kesan kepada para nelayan.
1 pekerja maut, 2 di ICU selepas terhidu gas beracun di loji rawatan air Singapura
Siasatan awal menunjukkan pekerja asing tersebut telah terhidu hidrogen sulfida, gas yang dihasilkan daripada enap cemar, iaitu sisa daripada proses rawatan air.
Pendidikan TVET, industri halal Malaysia-Hong Kong digiatkan
Hong Kong bersedia berkongsi kepakaran dalam pendidikan teknikal dan vokasional dengan Malaysia.
Tidak timbul isu lewat selesai skolah daif, pelaksanaan ikut giliran dan jadual
Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek menegaskan tidak timbul isu lewat naik taraf sekolah daif kerana ia dilaksanakan mengikut giliran dan jadual ditetapkan kerajaan.
Aaliyah terpilih ke Masters-64 di Amerika Syarikat hujung minggu ini
Aaliyah, 20, layak ke kejohanan berprestij itu hasil prestasi cemerlangnya sepanjang musim ini.
Aaliyah sedia buru kedudukan podium pada Kejohanan B-21 Dunia
Aaliyah berharap dapat mempamerkan potensi diri yang sebenar dan berharap dapat meraih podium di Mexico nanti.
Aaliyah sasar tampil lebih hebat di dua kejohanan utama
Atlet berusia 19 tahun itu berkata prestasinya kali ini menjadi petanda ke arah pencapaian yang lebih baik akan datang.
Aaliyah raih gangsa di Kejohanan Dunia Birmingham
Rangkul pingat gangsa acara tricks wanita di Kejohanan Dunia Birmingham 2022 di Alabama, Amerika Syarikat (AS).
Aaliyah Yoong perbaiki rekod kebangsaan
Catat lompatan sejauh 39.5 meter (m) untuk mengungguli pusingan pertama kategori junior untuk mara ke pusingan kedua.
Aaliyah Yoong bersedia beraksi di Moomba Masters
Acara itu merupakan satu kejohanan di mana hanya atlet terbaik dunia sahaja akan menyertainya.
Aaliyah layak ke final, atasi rekod Asia
Itu adalah kali ketiga ratu luncur air negara melakukan pungutan melebihi 7,000 mata.
Aaliyah Yoong mara ke final Kejohanan Remaja Dunia
Atlet ski air muda Malaysia, Aaliyah Yoong Hanifah berjaya menempa nama di pentas dunia selepas mara ke final acara 'trick'.
Aaliyah Yoong ketuai cabaran Malaysia pada Kejohanan Pra Sukan SEA
Pemenang dua pingat emas Sukan SEA 2015 di Singapura, Aaliyah Yoong Hanifah akan mengetuai cabaran negara pada Kejohanan Ski Air dan Papan Luncur Pra Sukan SEA.